Pilihanraya PERMAI

  • Sunday 4 July 2010
  • Assalamualaikum w.b.t.,
    yg dikasihi warga PERMAI sekalian,
    PENGUMUMAN PILIHANRAYA PERMAI KALI KETUJUH SESI 2010/2011

    Pemimpin merupakan golongan yang bertanggungjawab menggerakkan serta mencorakkan sesuatu organisasi ataupun masyarakat. Oleh yang demikian, pelantikan pemimpin yang berkaliber sangat penting untuk menjamin kejayaan golongan dibawahnya. Disebabkan itulah terdapat banyak ayat-ayat Al-Quran dan juga hadis-hadis yang menyentuh berkenaan perihal pemimpin dengan tujuan untuk melahirkan pemimpin yang adil.

    Disebabkan kepentingan ini, Jawatankuasa Pilihanraya PERMAI menyeru kepada semua warga PERMAI sekalian untuk bersiap sedia melalui tempoh pilihanraya, bermula, insyaAllah, pada 6 Julai 2010 sehingga 17 Julai 2010.

    berikut adalah tarikh-tarikh yang penting sepanjang pilihanraya berlangsung;

    6/7 - Pengedaran Pekeliling Pertama (Borang Pencalonan)

    8/7- Pengutipan borang pencalonan

    11/7 - Pengedaran Pekeliling Kedua (Pengumuman Penamaan Calon)
    - Pengedaran Pekeliling Ketiga (Kebenaran Tempoh Berkempen)

    15/7 - Tamat Berkempen

    16/7 - Pilihanraya PERMAI kali ketujuh

    * Maklumat akan diberikan dari semasa ke semasa melalui yahoo group, YM dan juga blog JPR di http://jprpermai2010.blogspot.com/
    JPR boleh dihubungi melalui email-nya jprpermai@yahoo.com

    *Bagi warga PERMAI yang berada di luar Jordan sepanjang tempoh pilihanraya (cth: Malaysia), anda dikehendaki mendaftarkan diri untuk mendapat kelayakkan mengundi. SIla hantarkan nama penuh, No. IC dan No. telefon (Jikalau di Malaysia berikan no telefon Malaysia).

    0 comments:

    Post a Comment