AHLI DI LUAR JORDAN

  • Saturday 10 July 2010

  • Assalamualikum wbt,

    Kepada Warga PERMAI sekalian,
    Khasnya yang berada di LUAR Jordan,

    Saudara saudari,

    MAKLUMAN PROSEDUR PENDAFTARAN DAN MENGUNDI UNTUK AHLI YANG BERADA DI LUAR JORDAN

    Merujuk perkara diatas, JPR PERMAI dengan sukacitanya ingin memberi peluang kepada ahli PERMAI untuk turut serta dalam proses pilihanraya PERMAI kali ketujuh ini. Berikut adalah prosedur pendaftaran dan mengundi bagi ahli PERMAI yang berada di luar Jordan.

    1) Pendaftaran:

    Semua ahli yang ingin mengundi perlu mendaftar dengan menghantarkan nama penuh, nombor IC dan num telefon yang boleh dihubungi (Cth: Di Malaysia, berikan nombor telefon Malaysia). Hantarkan ia kepada email JPR: jprpermai@yahoo.com, selewat-lewatnya pada hari RABU, 14 Julai 2010 ( sebelum 12 tgh malam waktu Jordan).

    2) Pengesahan pendaftaran:

    Dalam tempoh pendaftaran ini, pihak JPR akan membalas email anda dan anda diminta untuk menunggu untuk pengesahan pendaftaran. Pihak JPR akan menelefon nombor yang diberi untuk mengesahkan bahawa anda benar-benar mendaftar untuk mengundi. Pihak JPR akan memberikan nombor bersiri untuk anda isi pada hari mengundi. AMARAN: Nombor bersiri tersebut adalah sulit untuk pendaftar yang mengundi sahaja.

    3) Mengundi:

    Semua ahli PERMAI yang berada diluar Jordan diminta untuk mengundi pada 15 Julai 2010, Khamis. Bermula jam 8 pagi sehingga 5 petang (waktu Jordan). Spreadsheet mengundi akan diberikan dalam email masing-masing. Harap Maklum akan perubahan (dari blog, untuk memudahkan urusan JPR).

    Segala kerjasama saudara/saudari amatlah dihargai. Sekian, Terima Kasih.

    "Cekap Telus Berwawasan"

    0 comments:

    Post a Comment