Dari Meja JPR

  • Monday 5 July 2010
  • Salam,

    esok, 6 Julai 2010, pengedaran surat pekeliling pertama (borang pencalonan) akan dijalankan, jesteru itu, pihak JPR ingin membantu semua ahli PERMAI dalam proses pencalonan dengan memberi sedikit rumusan mengenai fungsi dan kewajipan ahli Majlis Tertinggi PERMAI.

    Sumber: Perlembagaan PERMAI

    Fasal 17.1 Majlis Tertinggi (MT) mengelola dan mengatur kerja-kerja harian Persatuan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Persatuan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh Mesyuarat Agung Majlis Tertinggi.

    Fasal 17.4 MT boleh memberi arahan kepada Setiausaha Agung dan Majlis Eksekutif atau ahli lain untuk menjalankan urusan Persatuan. MT juga boleh melantik atau melucutkan jawatan Pengarah atau ahli Jawatankuasa kerana cuai, ingkar dsb.

    Fasal 17.5 MT boleh menubuhkan Jawatan Kuasa Khas.

    Fasal 17.6 & 17.7 Berkuasa membatalkan aktiviti yang bercanggah dengan Perlembagaan PERMAI. Berkuasa juga untuk membatalkan keputusan mesyuarat Majlis Eksekutif jika rasa perlu.

    Fasal 18. 2 Mengeluarkan arahan atau kenyataan umum bagi pihak PERMAI

    Fasal 18.5 Bincang dan merancang perjalanan Persatuan

    Diharapkan, dengan sedikit pencerahan mengenai tugas-tugasan dan fungsi MT ini...warga PERMAI dapat memikirkan dengan bijak siapa yang sesuai dan layak untuk memegang jawatan-jawatan ini.

    Ingat, mereka adalah pilihan anda.

    Sekian.

    0 comments:

    Post a Comment