Kenapa Tiada Perincian Calon

  • Sunday 11 July 2010
  • Assalamualaikum wbt.

    Kepada semua ahli PERMAI,

    Sedikit pencerahan mengenai proses PILIHANRAYA PERMAI ke-7 ini.

    Penamaan Calon - 8pm (9 JULAI 2010) - 8.30 pm (10 JULAI 2010)
    * Calon diberikan 24 Jam untuk membuat surat menarik diri dari bertanding (jika ada) dan menghantarkannya kepada JPR PERMAI.
    *Ahli diberikan 24 Jam selepas penamaan calon untuk membuat bantahan.

    Mesyuarat JPR: Pertimbangan Surat Menarik Diri daripada bertanding 9.30pm-11.30 pm (10 JULAI 2010)

    Kerana terdapat beberapa daripada surat penarikkan diri yang diterima, JPR terpaksa memberi tempoh lagi 24 jam untuk calon baru membuat keputusan. 11 Julai 2010.

    Penamaan Calon Baru mungkin akan dibuat, InsyaAllah pada petang ini 12 JULAI 2010, dengan maklumat rasmi mereka.

    Maaf atas sebarang kesulitan.

    "Cekap Telus Berwawasan"

    0 comments:

    Post a Comment