0
  • Sunday 18 July 2010
  • Assalamu'alaikum

    Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnian-Nya serta iradat-Nya Pilihanraya PERMAI sesi 2010/2011 berjaya dilaksanakan.Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan pilihanraya PERMAI Sesi ini.Harapan kami, Jawatankuasa Piliharaya(JPR) PERMAI supaya semua ahli PERMAI dapat memberikan kerjasama yang sebaik mungkin kepada barisan MT yang telah dipilih bagi melicinkan perjalanan PERMAI.Akhir kata saya mewakili Jawatankuasa Pilihanraya PERMAI memohon maaf di atas kesilapan-kesilapan yang berlaku sepanjang kami mengendalikan tugasan ini.

    Sekian,wassalam.

    "Cekap,Telus,Berwawasan"




    Saya yang menjalankan tugas,


    ..........................................................................
    (MUHAMMAD AMIRUL KAMAL BIN ABD AZIZ)
    Pengarah,
    Jawatankuasa Pilihanraya PERMAI,
    Sesi 2010/2011.

    Keputusan Pilihanraya PERMAI kali ke-7

    0
  • Saturday 17 July 2010
  • Presiden :Mohd Zaid Bin Daud (175 Undian)
    Ketua Helwi: Farhanah Tajurudin (247 Undian)

    Ahli Majlis Tertinggi:

    Siswa:

    JUST:
    1) Muhd Arif Hakimi Bin Mohd. Nor (342 Undian)
    2) Ahmad Hidayat Hasni Bin Mad Isa (308 Undian)
    3) Muhd Hashemi Dahlan Bin Md Razif (295 Undian)

    Yarmouk:
    1) Azlan Shah Bin Nabees Khan (339 Undian)
    2) Ammar Bin Ismail (326 Undian)
    3) Mohd Zaid Bin Daud (301 Undian)

    Siswi:

    JUST:
    1) Farhanah Binti Tajurudin (355 Undian)
    2) Nur Hamizah Bt Mohd Fuzi (273 Undian)

    Yarmouk:
    1) Anisatul-Qalbi Binti Mohd Sofiyuddin (346 Undian)
    2) Nadiha Sakina Binti Ismail (182 Undian)

    Statistik Pilihanraya PERMAI ke-7

    4

  • Bagi memantapkan analisa statistik PILIHANRAYA PERMAI ke-7, kami meletakkan sandaran (based on) pada statistik Pilihanraya Permai ke-6 (Tahun 2009)



    Peratusan Keluar Mengundi

    Siswa:

    Jordan University of Science and Technology: 75.81%

    Universiti Yarmouk: 84.12%

    Peratus Keseluruhan Siswa yang keluar mengundi: 79.01% (meningkat daripada 72.68% - 2009)


    Siswi:

    Jordan University of Science and Technology: 80.09%

    Universiti Yarmouk: 100%

    Peratus Keseluruhan Siswi yang keluar mengundi: 85.17%

    (meningkat daripada 80.86% - 2009)

    Peratus yang keluar mengundi keseluruhan :82.8% (meningkat daripada 77.45% - 2009)


    Jenis Mengundi

    Peratus yang mengundi manual: 97.16%

    Peratus yang mengundi Khas (termasuk undi online daripada Malaysia): 2.8%


    Undi Rosak

    Peratus Undi Rosak Siswa: 8.875% (meningkat daripada 7.52%-2009) (15 daripada 171 undian)

    Peratus Undi Rosak Siswi: 4.97% (menurun daripada 5.80%-2009) (12 daripada 241 undian)

    Peratus Undi Rosak Keseluruhan: 6.36% (menurun sedikit daripada 6.47% -2009)





    Pagi mengundi - part II

    0
  • Friday 16 July 2010

  • Cop Rasmi JPR, "Cekap Telus Berwawasan"






    *AJK JPR menunjukkan step by step cara nak lipat kertas undi.*





    Kertas Undi A4


    Dilipat dua


    Dilipat kepada 4


    Dilipat 8- dan ini adalah size yang sepatutnya setiap kertas undi


    Kerana suka dengan Name Tag - Hijau dan merah warna tema kami!


    Juga Logo JPR yang Rasmi


    Borang Pengesahan AHLI PERMAI


    Akhirnya- UNDI!

    Pagi Mengundi - 16/07/10

    0
  • Thursday 15 July 2010
  • * Elak Undi Rosak!!

    Laporan Rasmi dar Pusat Mengundi! Saksikan gambar-gambar ini!


    Borang Mengundi! Cepat X pilihan anda!


    AJK JPR tengah menerangkan kepada pengundi syarat-syarat dan cara mengundi yang betul. 'Cekap telus Berwawasan"


    Ini Undi rosak ye!

    Gambar-gambar calon disediakan untuk identification.


    Pengundi nih nak check dulu kertas die depan kotak undi~


    Shhhhh! Ada yang tengah mengundi!


    MAKLUMAN 16/7- 1

    0
  • Salam,

    Kepada semua warga PERMAI,

    harap maklum dengan tempat-tempat mengundi (Bayt Private Rain, Bayt Cahaya Ilahi, Bayt Casa Intelek, Bayt Munawarrah & Bayt Tibbil Qulub).

    Masa mengundi - 8 pgi - 6 ptg.

    Bawa Hawiyyah sekali.

    Tolong semak No. Keahlian dengan pihak JPR.

    Bersedia Mengundi! Keluarlah untuk mengundi!

    Apa yang perlu dibawa

    0
  • Jangan Lupa Untuk membawa: Hawiyyah untuk pendaftaran.

    Masa Mengundi

    0
  • Masa Mengundi Yang Sah: 8 pagi - 6 petang.

    Harap Maklum. Sekian

    Elakkan Undi Rosak

    0



  • Arahan dalam borang undi:

    1. Setiap pengundi dikehendaki membuat undian 3 orang calon siswa JUST dan 3 orang calon siswa Yarmouk

    2. Daripada 6 nama yang diundi, pengundi dikehendaki memilih satu nama sahaja bagi menduduki kerusi PRESIDEN

    3. Seterusnya pengundi dikehendaki membuat undian 2 orang calon siswi JUST dan 2 orang calon siswi Yarmouk

    4. Daripada 4 nama yang diundi, pengundi dikehendaki memilih satu nama sahaja bagi menduduki kerusi KETUA HELWI

    5. Gunakan simbol pangkah (X) SAHAJA di kotak yang telah disediakan

    6. Pengundi dikehendaki menulis nama penuh PRESIDEN / KETUA HELWI di ruangan kosong yang telah disediakan

    7. Kegagalan pengundi-pengundi mengikuti mengikut arahan-arahan di atas menyebabkan undi anda rosak dan tidak akan dikira.


    Ini Adalah Contoh Kertas Undi Rosak:

    1) Kertas Undi Rosak 1; sebab- guna lambang yang salah (hanya boleh pangkah X), tempat memangkah adalah salah (mesti dalam kotak yang disediakan).



    2) Contoh Undi Rosak2; Bilangan Pangkah yang tak cukup (kalau diminta 6 MESTI pangkah 6...dan kalau srahan kata hanya pangkah 4, maka HANYA pangkah 4), tidak menulis calon untuk PRESIDEN dan KETUA HELWI.



    ELAKKAN UNDI ROSAK!!!!!!!!!

    PASTIKAN ANDA:

    · MEMANGKAH DI DALAM KOTAK BERSEBELAHAN NAMA CALON

    · MENGGUNAKAN SIMBOL PANGKAH (X) SAHAJA

    · MEMANGKAH HANYA 3 CALON SISWA JUST DAN 3 CALON SISWA YARMOUK

    · MENULIS NAMA SALAH SEORANG DARIPADA 6 CALON YANG TELAH DIPANGKAH DI RUANGAN PRESIDEN (BAGI CALON SISWA)

    · MENULIS NAMA PENUH CALON PRESIDEN(BAGI CALON SISWA) DENGAN MENGIKUT EJAAN YANG BETUL

    · MEMANGKAH HANYA 2 CALON SISWI JUST DAN 2 CALON SISWI YARMOUK

    · MENULIS NAMA SALAH SEORANG DARIPADA 4 CALON SISWI YANG TELAH DIPANGKAH DI RUANGAN KETUA HELWI

    · MENULIS NAMA PENUH CALON KETUA HELWI (BAGI CALON SISWI) DENGAN MENGIKUT EJAAN YANG BETUL

    · MENULIS DENGAN TULISAN YANG BOLEH DIFAHAMI ATAU DIBACA


    JANGAN SESEKALI

    Ø MEMANGKAH LEBIH ATAU KURANG DARI JUMLAH CALON YANG TELAH DITETAPKAN

    Ø MENULIS NAMA CALON SELAIN DARI CALON YANG TELAH DIPANGKAH UNTUK KERUSI PRESIDEN (CALON SISWA) ATAU KETUA HELWI (CALON SISWI)

    Ø MEMBUAT APA-APA TANDA SELAIN SIMBOL PANGKAH DI DALAM PETAK

    Setiap Undi adalah berharga, janganlah sia-siakannya.


    Sekian Terima Kasih. bersedia Untuk mengundi!