Borang pencalonan

  • Thursday 8 July 2010
  • Assalamualaikum W.B.T

    Kepada :

    Semua Ahli ,

    Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid (PERMAI) .

    Saudara/saudari,

    MAKLUMAN PENGEDARAN BORANG PENCALONAN PILIHANRAYA PERMAI KALI KETUJUH

    Merujuk perkara di atas, dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa pilihanraya PERMAI Kali Ketujuh akan diadakan pada hari Jumaat, 16 Julai 2010M bersamaan 4 Sya'ban 1431H.

    2. Sehubungan dengan itu, pihak Jawatankuasa Pilihanraya PERMAI telah mengedarkan borang pencalonan Pilihanraya PERMAI pada 6 Julai 2010 bagi memberi peluang kepada semua ahli untuk membuat pencalonan bagi ahli-ahli Majlis Tertinggi PERMAI.Bagi sesiapa yang layak mencalonkan tetapi masih belum menerima borang tersebut anda boleh menghubungi atau mendapatkannya daripada wakil-wakil kami iaitu:

    Siswa : Noor ridzuan Bin Mohammad @ Mamat (0779401230)

    Siswi : Nur Izzati binti Lukmanulhakim (0777715886)

    4. Bersama-sama dengan ini saya lampirkan senarai nama Ahli Rasmi PERMAI yang layak meencalonkan pada pilihanraya kali ini.

    4.Segala kerjasama daripada saudara/saudari amatlah kami hargai dan kami akhiri dengan ucapan ribuan terima kasih.

    * Dipetik daripada email dalam Yahoogroup

    * Sesiapa yang BELUM mendapatkannya atau menghantarkanyya, sila menghubungi nama-nama diatas atau mendapatkan bantuan segera daripada mana-mana AJK.

    Cekap, Telus, Berwawasan



    0 comments:

    Post a Comment