Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnian-Nya serta iradat-Nya Pilihanraya PERMAI sesi 2010/2011 berjaya dilaksanakan.Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan pilihanraya PERMAI Sesi ini.Harapan kami, Jawatankuasa Piliharaya(JPR) PERMAI supaya semua ahli PERMAI dapat memberikan kerjasama yang sebaik mungkin kepada barisan MT yang telah dipilih bagi melicinkan perjalanan PERMAI.Akhir kata saya mewakili Jawatankuasa Pilihanraya PERMAI memohon maaf di atas kesilapan-kesilapan yang berlaku sepanjang kami mengendalikan tugasan ini.
Sekian,wassalam.
"Cekap,Telus,Berwawasan"
Saya yang menjalankan tugas,
.......................................................................... (MUHAMMAD AMIRUL KAMAL BIN ABD AZIZ) Pengarah, Jawatankuasa Pilihanraya PERMAI, Sesi 2010/2011.
1. Setiap pengundi dikehendaki membuat undian 3 orang calon siswa JUST dan 3 orang calon siswaYarmouk
2. Daripada 6 nama yang diundi, pengundi dikehendaki memilih satu nama sahaja bagi menduduki kerusi PRESIDEN
3. Seterusnya pengundi dikehendaki membuat undian 2 orang calon siswiJUST dan 2 orang calon siswi Yarmouk
4. Daripada 4 nama yang diundi, pengundi dikehendaki memilih satu nama sahaja bagi menduduki kerusi KETUA HELWI
5. Gunakan simbol pangkah (X) SAHAJA di kotak yang telah disediakan
6. Pengundi dikehendaki menulis nama penuh PRESIDEN/ KETUA HELWI di ruangan kosong yang telah disediakan
7. Kegagalan pengundi-pengundi mengikuti mengikut arahan-arahan di atas menyebabkan undi anda rosak dan tidak akan dikira.
Ini Adalah Contoh Kertas Undi Rosak:
1) Kertas Undi Rosak 1; sebab- guna lambang yang salah (hanya boleh pangkah X), tempat memangkah adalah salah (mesti dalam kotak yang disediakan).
2) Contoh Undi Rosak2; Bilangan Pangkah yang tak cukup (kalau diminta 6 MESTI pangkah 6...dan kalau srahan kata hanya pangkah 4, maka HANYA pangkah 4), tidak menulis calon untuk PRESIDEN dan KETUA HELWI.
ELAKKAN UNDI ROSAK!!!!!!!!!
PASTIKAN ANDA:
·MEMANGKAH DI DALAM KOTAK BERSEBELAHAN NAMA CALON
·MENGGUNAKAN SIMBOL PANGKAH (X) SAHAJA
·MEMANGKAH HANYA 3 CALON SISWAJUST DAN 3 CALON SISWA YARMOUK
·MENULIS NAMA SALAH SEORANG DARIPADA 6 CALON YANG TELAH DIPANGKAH DI RUANGAN PRESIDEN (BAGI CALON SISWA)
·MENULIS NAMA PENUH CALON PRESIDEN(BAGI CALON SISWA) DENGAN MENGIKUT EJAAN YANG BETUL
·MEMANGKAH HANYA 2 CALON SISWI JUST DAN 2 CALON SISWI YARMOUK
·MENULIS NAMA SALAH SEORANG DARIPADA 4 CALON SISWI YANG TELAH DIPANGKAH DI RUANGAN KETUA HELWI
·MENULIS NAMA PENUH CALON KETUA HELWI (BAGI CALON SISWI) DENGAN MENGIKUTEJAAN YANG BETUL
·MENULIS DENGAN TULISAN YANG BOLEH DIFAHAMI ATAU DIBACA
JANGAN SESEKALI
ØMEMANGKAH LEBIH ATAU KURANG DARI JUMLAH CALON YANG TELAH DITETAPKAN
ØMENULIS NAMA CALON SELAIN DARI CALON YANG TELAH DIPANGKAH UNTUK KERUSI PRESIDEN (CALON SISWA) ATAU KETUA HELWI (CALON SISWI)
ØMEMBUAT APA-APA TANDA SELAIN SIMBOL PANGKAH DI DALAM PETAK
Setiap Undi adalah berharga, janganlah sia-siakannya.
Pengenalan
Jawatankuasa Pilihanraya (JPR) adalah sebuah badan bebas yang dibentuk bagi mengendalikan Pilihanraya PERMAI bagi setiap sesi.
Anggota Jawatankuasa Pilihanraya tidak dibenarkan mencalonkan atau dicalonkan serta mengemukakan sokongan terhadap sesuatu pencalonan.
Anggota Jawatankuasa Pilihanraya hanya berhak mengundi sahaja.
Anggota Jawatankuasa Pilihanraya tidak dibenarkan berkempen untuk calon sama sekali.
Anggota Jawatankuasa Pilihanraya berhak meminda tempat dan masa pengundian sekiranya terdapat permasalahan berbangkit berdasarkan kesesuaian keadaan.
Sebarang peraturan dan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pilihanraya adalah muktamad setelah disahkan oleh Pengarah dan Setiausaha JPR.
Seventeen eighteen
-
I didn't do anything this year. I was not significant. I just breathed.
Defecated. Contributed to some views and likes. I was a real no one. I
could be gon...